Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 21 Mei 2011

Tanah Runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat ,Selangor

salam kepada semua...




Penulis Smart Generation mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia,Hulu Langat Selangor.Semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati mereka.Sama-sama kita doakan semoga mereka semua akan terus tabah menghadapi segala ujian ini.Penulis begitu sedih dan terharu dengan targedi yang telah menimpa mangsa terutama anak-anak yatim ini...

Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-

Kajang: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH



Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa:Polis

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. -BH


Tanah runtuh: 20 orang dikhuatiri tertimbus


Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

- Bernama

Portal Score A programme untuk kecemerlangan anak-anak anda

salam kepada semua...


Portal Score A Programme yang mesra pengguna
Di atas merupakan muka depan portal Score A Programme. Anda boleh mengakses portal di alamat www.scorea.com.  Terdapat 3 fungsi penggunaan yang utama dalam portal ini iaitu:
  • Online Demo - Anda boleh mengakses online demo ini dengan memasukkan katalaluan 82828.
  • Student Login - untuk pelajar meenggunakan Score A Program.
  • Parent Login - login untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak mereka dalam Score A Programme.
Apabila pelajar login ke dalam portal Score A Programme, terdapat 2 modul utama yang boleh diakses oleh pelajar iaitu eExamination Hall dan i-Teacher.
eExamination Hall & i-Teacher
Score A i-Teacher
Score A i-Teacher merupakan alat pendidikan yang terbaru di dunia. Satu produk penyelidikan penyelidik-penyelidik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Hanafi Atan (dengan Prof Madya Dr Zuraidah Abd. Rahman dan Prof Madya Omar Majid).
Prof. Hanafi Atan
Pembangunan produk bermula pada tahun 2006. Penyelidikan dan Pembangunan dibiayai oleh beberapa geran penyelidikan daripada:
  1. The Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI)
  2. The Ministry of Higher Education (MOHE)
  3. The Universiti Sains Malaysia (USM)
i-Teacher juga adalah Pemenang Pingat Perak sempena Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX2008) di Jepun.



Silibus dalam i-Teacher
Silibus dalam i-Teacher adalah 100% mengikut sukatan matapelajaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia:
SEKOLAH RENDAH (Darjah 1-6) UPSR
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Sains (SK & SJK (C) )
  • Matematik (SK & SJK (C) )
MENENGAH RENDAH (Ting. 1-3) PMR
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Geografi
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
MENENGAH ATAS (Ting. 4-5) SPM
  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Sains
  5. Perdagangan
  6. Prinsip Akaun
  7. Ekonomi Asas
  8. Fizik
  9. Kimia
  10. Biologi
  11. Matematik Tambahan
AKAN DATANG sekarang 70% dalam pembangunan iaitu silibus PRA-SEKOLAH dari umur 4-6 tahun.
Ciri-ciri hebat Score A i-Teacher
Guru avatar yang bijak, penampilan manusia yang memberi semua maklumbalas terhadap soalan pelajar.
Sambungan terus kepada surat khabar ONLINE untuk perkembangan isu semasa dan menambah PENGETAHUAN AM.
Bantuan ANIMASI untuk memberi gambaran yang EFEKTIF pada pelajar.
PERSEMBAHAN ON DEMAND powerpoint bersuara seperti belajar di kelas SEBENAR.
TERJEMAHAN ISTILAH juga DISEDIAKAN beserta ISI KANDUNGAN menyeluruh.
Juga diselangi dengan KUIZ dan gambarajah INTERAKTIF dan pelbagai lagi.
Ciri-ciri eExamination Hall
Ciri-ciri unik pembalajaran OUTPUT - latih tubi:
4 kekuatan utama eExamination Hall dalam Score A Programme:
e-Topic
e-Topic adalah modul untuk membuat latihan ringan khusus untuk topik dalam setiap subjek. Terdapat 3 set kertas di mana pelajar bebas memilih mana-mana set kertas soalah unutk menguji tahap kefaham pelajar dalam topik tersebut. Soalan boleh diulang dan soalan-soalan tetap sama. Ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam topik tersebut.
e-Assessment
e-Assessment adalah set soalan berdasarkan subjek secara keseluruhan. Ia terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
  1. Easy - 15 soalan
  2. Medium - 30 soalan
  3. Hard - 60 soalan
Palajar hanya boleh naik ke tahap seterusnya sekiranya mendapat sekurang-kurangnya 80% markah betul. Pelajar boleh mengulang tahap sehingga mendapat 80% markah tetapi setiap kali ulangan, sistem akan memberikan soalan-soalan yang berbeza. Dengan cara ini, pelajar dapat menilai tahap kefahaman dan semakin banyak soalan yang dijawab semakin tinggi tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu matapelajaran.
Selain daripada itu, pelajar yang cemerlang akan mendapat peluang masuk dalam rangking 100 seMalaysia. Ini sedikit sebanyak memotivasi pelajar untuk melakukan latih tubi ini dengan cemerlang kerana nama mereka akan terpampang dalam Top 100 Student yang menggunakan program ini 1 Malaysia.
e-Trial Exam
e-Trial Exam merupakan koleksi set soalan percubaan yang diambil dari 16 buah sekolah bestari di mana set soalan ini hampir menyerupai set soalan peperiksaan sebenar. Lebih banyak pelajar membuat latihan menggunakan modul ini, lebih tinggi kebarangkalian untuk mereka mendapat keputusan cemerlang.
e-Past Year Exam
e-Past Year Exam merupakan  koleksi set soalan peperiksaan sebenar dari tahun 1993 hingga terkini. Hanya kenshido International saha mendapat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerbitkan semula secara online. Ini kerana set-set soalan peperiksaan tahun lepas adalah harta sulit kerajaan. Koleksi set soalan tahun lepas ini adalah merupakan rahsia pelajar cemerlang Nur Amalina dimana beliau telah melakukan latih tubi berdasarkan set-set soalan peperiksaan tahun lepas.
Selain daripada itu terdapat beberapa modul tambahan yang menyokong kekuatan Score AProgramme ini iaitu e-Notes.
e-Notes merupakan koleksi nota-nota KOMPREHENSIF untuk rujukan pelajar semasa membuat latihan. Ia boleh dicapai semasa pelajar sedang membuat modul e-Topic di sebelah kanan atas skrin. e-Notes ini akan memaparkan nota berkaitan dengan topik yang sedang dibuat latihan sebagai rujukan pantas untuk pelajar lebih memahami topik tersebut.
Bergantung kepada topik yang sedang dipelajari, e-Notes ini memaparkan nota berbentuk gambarajah menarik berwarna warni dan ia juga boleh dicetak sebagai rujukan.
Selain itu juga Score A Programme mempunyai ciri-ciri pemeriksaan serta merta berserta kata-kata motivasi.
Ciri-ciri ini akan menarik minat pelajar membuat latihan kerana kata-kata motivasi sebegini akan membentuk pemikiran positif kepada pelajar dan membina keyakinan tinggi kepada pelajar dalam ujian peperiksaan yang sebenar.
Selain itu juga Score A Programme menyediakan kamus e-Dictionary secara capaian mudah untuk membantu pelajar memahami sesuatu perkataan yang tidak difahami.
Ini memudahkan pelajar untuk menyemak kamus untuk membuat rujukan di mana perkara seperti ini membebankan jika menggunakan buku kamus. Buat masa ini, kamus e-Dictionary ini diambil dari modul google translate. Berita terbaru sempena bulan bahasa kebangsaan pada bulan 10/2010, Score A Programme akan menggunakan modul kamus dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk terjemahan yang lebih tepat.
Selain daripada itu, terdapat ciri-ciri Countdown Timer untuk e-Trial Exam & e-Past Year Exam ikut waktu sebenar peperiksaan supaya pelajar membiasakan diri mengikut masa yang telah diperuntukkan.
Seandainya pelajar terlebih masa, sistem akan AUTO SUBMIT dan keputusan terus pada IBU BAPA pelajar (e-Report Card).
Satu lagi kelebihan yang terdapat dalam Score A Programme adalah KEPUTUSAN SERTA MERTA untuk setiap latih tubi yang dilakukan oleh pelajar secara terperinci.

Tidak kurang dari itu, sistem juga akan menyenaraikan statistik jawapan yang salah dan bilangan percubaan pelajar untuk ibu-bapa lebih memahami tahap kekuatan pelajar dalam membuat latihan tersebut. Pelajar secara tidak lansung dapat mengulangkaji jawapan yang salah tersebut dan sekaligus dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam topik tersebut.
Untuk pelajar yang mengambil peperiksaan PMR, terdapat satu modul e-Schema untuk pelajar memahami cara sesuatu jawapan khususnya matematik bagaimana langkah penyelesaian secara terperinci.

Modul ini akan menjelaskan jalan untuk setiap jawapan supaya pelajar dapat mengulangkaji kesilapan dan seterusnya memperbaiki kelemahan dengan lebih berkesan.
Akhir sekali, bagi ibu bapa yang perihatin, mereka sememangnya ingin tahu perkembangan prestasi pendidikan anak-anak secara lebih terperinci walaupun mereka sendiri sibuk dengan kerjaya. Di sinilah kekuatan Score A Program di mana terdapat eReport Card untuk memudahkan ibu-bapa memantau aktiviti dan prestasi pendidikan anak-anak mereka.


eReport Card ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ibu-bapa serta merta mendapat keputusan latihan anak-anak sebaik sahaja anak-anak mereka selesai melakukan sesuatu latihan.
Ibu-bapa juga boleh mendapat eReport Card berbentuk SMS seperti di atas. Ciri-ciri ini boleh dinyahaktifkan pada bila-bila masa jika tidak diperlukan. Manakala eReport Card secara dalam talian memaparkan secera terperinci setiap latihan yang dilakukan oleh anak-anak seperti di bawah.
Penghargaan dari sekolah dan testimoni pelajar
Penghargaan dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Sekolah ini telah mendapat 90% straight A selama 7 tahun berturut-turut.
Berikut adalah testimoni pelajar yang menghantar penghargaan kepada Kenshido International.
.
.
.
.
.
.
Perbezaan Score A Programme dengan pesaing yang lain
Program E-Learning Score A Pesaing 1 Pesaing 2
Bermula: 1999 (11 tahun) 2006 2006
Jumlah Pengguna: > 200 ribu 15 ribu < 500
Sistem: Internet dan SMS Internet sahaja Internet sahaja
E-report Card: Ada (pelajar & ibu bapa) Ada Tiada
Bank soalan: 250,000 35,000 <5,000
Kertas soalan sebenar: Ada (1993 - 2008) Tiada Tiada
Pendaftaran: Online sepenuhnya Fax resit diperlukan Online sepenuhnya
Testimoni kejayaan: Ada (UPSR & PMR) Tiada Tiada
Saya harap anda berpuas hati dengan penerangan secara terperinci mengenai Score A Programme ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma. Silalah panjang-panjangkan artikel ini kepada kenalan dan saudara-mara terdekat untuk faedah dan manfaat mereka juga secara tidak lansung.
Inginkan maklumat lanjut mengenai Score A Programme? Sila hubungi kami [SMS Nama dan Lokasi ke asri:0133041806]:

Do u sometimes feel traditional methods back in d olden days works better? Check out #HeavenlyTouch deal on #MilkADeal

Do u sometimes feel traditional methods back in d olden days works better? Check out #HeavenlyTouch deal on #MilkADeal


MAD - RM48 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage at Heavenly Touch

MAD Deal of the Day: RM48 instead of RM415 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage at Heavenly Touch, Kota Damansara.

Do you sometimes feel traditional methods back in the olden days works better? We concur! Take a U-Turn and heal your body. Check this deal out!

Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link!

Jumaat, 20 Mei 2011

SIAPA AHLI PERNIAGAAN YANG PENTING DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN..?


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Check out the promo on #ADT today & stand a chance to win some awesome prizes!

Check out the promo on #ADT today & stand a chance to win some awesome prizes!

Feel secure with ADT and WIN BIG!!

How does living in the city make you feel? Are you always on your toes for sounds at night? Do you wonder where your home is truly safe? Don't take any chances. Turn on ADT and get a good night's sleep.

There's a promotion on going till September, all you've got to do is sign up with ADT. Then our friendly technician will pop by for a site visit and soon you'll be secured! So quick, head on over and sign up with ADT and stand a chance to WIN BIG!



CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse