Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 22 Februari 2011

BUAT SELURUH RAKAN-RAKAN PENGGERAK MAHASISWA UM;TERUSKAN PERJUANGAN KITA DI UNIVERISITI MALAYA...!!!!!


salam kepada semua...



Buat seluruh rakan-rakan dan pejuang-pejuang Gerakan Penggerak Mahasiswa,marilah kita sama-sama menjadikan kekalahan kita pada kali ini sebagai satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang dalam medan ini mempertahankan kebenaran dan  keadilan untuk Mahasiswa.Walaupun kita kalah,tetapi semangat juang kita tidak akan pernah hilang dan luntur.Semangat Harimau tidak akan pernah padam walaupun dihujani dengan pelbagai halangan dan rintangan.


Banyak kenangan Pahit dan manis yang telah kita lalui bersama dan mengharungi Pilihan Raya Kampus pada kali ini dengan semangat juang yang tinggi.Saya sangat terharu dengan komitmen dan sokongan yang anda berikan untuk memastikan kemenangan Penggerak Mahasiswa,Namun rezeki dan nasib tidak menyebelahi kita.Walaupun kita mempunyai kekuatan jentera yang kuat,tetapi kita masih perlu memberikan kefahaman kepada mahasiswa mengenai perjuangan dan ideologi kita.


Buat seluruh jentera dari setiap kolej-kolej kediaman yang bersengkang mata sehingga ada yang tidak tidur untuk melaksanakan kerja-kerja dalam gerakan Penggerak Mahasiswa ini saya ucapkan terima kasih kerana sanggup berkorban masa dan tenaga anda untuk perjuangan ini.Kita langsung tidak ada kemewahan dalam menyertai gerakan ini,tetapi harta kita yang paling berharga dalah rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita yang terus setia bersama-sama kita mengharungi pahit getir perjuangan ini.


Buat seluruh Skuad Gempur yang sentiasa komited dan memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap perkara,perjuangan anda ini merupakan satu kemenangan buat Penggerak Mahasiswa.Skuad Gempur Penggerak Mahasiswa merupakan antara jentera Penggerak Mahasiswa yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan gerakan ini terus bergerak kehadapan.Tidak kira masa,waktu dan saat,sama ada pagi ataupun malam,tidak tidur walaupun sehari...Pengorbanan anda ini sangat berharga buat gerakan Penggerak Mahasiswa.Kita telah berjaya membina satu ikatan  persahabatan yang kuat antara kita.Semangat Harimau tak kan pernah padam dalam diri setiap pejuang gerak..!!!!!



Kita menerima kekalahan ini,bukan bererti kita mengaku kalah.!!!!..Tetapi kita harus kembali mempersiapkan barisan kita untuk memastikan gerakan ini akan terus kuat dan kuat untuk masa hadapan.Penggerak Mahasiswa pernah merasai kekalahan pada tahun 2008 sewaktu kita kali pertama di tubuhkan.Pada tahun berikutnya kita telah berjaya merampas kembali kabinet MPMUM danpada tahun ini kita tidak berjaya untuk mempertahankan.Walaupun usia gerakan kita masih muda,Tetapi kita mampu untuk berada dalam landasan perjuangan ini.Tahniah dan Syabas kepada seluruh jentera Penggerak Mahasiswa yang tidak kenal erti penat dan sakit dalam perjuangan ini.Anda semua adalah yang terbaik...!!!!!!









TAHNIAH PRO-MAHASISWA UM :TUGAS BERAT MENANTI ANDA,TUNAIKAN SEGALA HASRAT DAN HARAPAN MAHASISWA



salam kepada semua...



Saya mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana telah berjaya memenangi Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya.Kami daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa menerima kekalahan ini secara terbuka dan berlapang dada kerana ini merupakan takdir dan ketentuan oleh yang Maha Berkuasa kepada kami walaupun kami telah mencurahkan keringat dan pengorbanan kami ke landasan ini.Sekarang Pro-Mahasiswa telah berada di tampuk kerajaan di Universiti,Laksanakanlah dan penuhilah segala janji-janji dan manifesto anda semua untuk seluruh mahasiswa.Saya mengharapkan semoga Pro-Mahasiswa dapat membawa perubahan dan pembaharuan kepada Universiti Malaya terutama dalam memastikan kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya terus terpelihara dan terbela.



Harapan seluruh Mahasiswa adalah untuk memastikan Kampus Universiti Malaya ini akan terus kekal sebagai yang Perdana di Negara ini dan mahu menjadi antara yang terbaik di dunia.Pro-Mahasiswa harus menggunakan segala peluang yang ada ini untuk terus berkhidmat kepada seluruh mahasiswa tanpa mengira perbezaan ideologi.Saya mengharapkan kerajaan Pro-Mahasiswa UM dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam Kabinet MPMUM seperti yang telah dijanjikan.



Berikut merupakan berita rasmi mengenai kemenangan Pro-Mahasiswa :-


Pilihan Raya MPP: Pro-Mahasiswa Rampas UM


PETALING JAYA: Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama, Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jurucakap Pro-M, Mohd Sabri Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, kemenangan itu adalah diluar jangkaan dan berharap akan ada perubahan dari segi senario politik kampus selepas ini.

Dalam pada itu juga, beliau memberitahu, calon pilihan raya Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu turut menang pada pemilihan di peringkat fakulti universiti itu.
Baru-baru ini kecoh apabila Pro-M bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Rohana Yusof selepas tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal dan membantah penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya pada tahun ini.

Kekecohan itu berlanjutan apabila calon Pro-M, Masturah seorang pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam dilaporkan hilang pada petang Sabtu ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

 Malaysiakini:-

Selepas kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa diumumkan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Ghauth Jasmon, kira-kira 200 penyokong kumpulan itu berhimpun di luar Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) untuk meraikan kemenangan mereka.

Kumpulan pro-M itu berhimpun sambil mengucapkan syukur kepada Allah yang disifatkan memberi "kemenangan kepada pihak yang benar dan mengalahkan pihak yang batil".

Ia di ketuai oleh seorang aktivis kumpulan itu Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.

Ucapan beliau kemudiannya diselangi dengan takbir.

Dalam pilihan raya kali ini, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 14 kerusi fakulti.

Manakala Penggerak Mahasiswa menang 16 kerusi fakulti dan bebas menang dua kerusi.

Selepas itu Pengerusi Pro-M Farid Jalpah mengarahkan agar penyokong pro-M bergerak mengiringi calon ke Dewan Tunku Canselor (DTC) untuk meraikan kemenangan.

Walaupun tewas, kumpulan lawan mereka Penggerak Mahasiswa (dahulu dikenali Pro-Aspirasi) dilihat menunjukkan kematangannya dengan menenangkan kira-kira 100 penyokongnya yang turut berkumpul.

Pengerusi PENGGERAK, Mohd Asri Zulkifli berucap meminta penyokongnya menerima kekalahan tersebut dan terus berusaha dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mengingatkan agar calon PENGGERAK yang menang dapat memberi kerjasama dalam kabinet yang akan dibentuk kelak oleh pasukan pro-M.

Ucapan beliau itu diselangi dengan ucapan "Hidup Mahasiswa" dan " Hidup Gerak" beberapa kali.

Sementera itu, kira-kira 100 penyokong Penggerak Mahasiswa yang turut berada di luar perkarangan itu.







Isnin, 21 Februari 2011

LAPORAN POLIS PENGGERAK MAHASISWA KEHILANGAN MAHASISWA UM











PENGGERAK MAHASISWA PADA MALAM TADI TELAH MEMBUAT SATU LAPORAN POLIS BERHUBUNG KEHILANGAN SAUDARI MASTURAH ABU BAKAR IAITU CALON DARIPADA PRO-MAHASISWA KERANA KAMI DI PERINGKAT PENGGERAK MAHASISWA MERASA BERTANGGUNGJAWAB DAN PRIHATIN UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN SAUDARI MASTURAH.LAPORAN POLIS INI TELAH DI BUAT OLEH SAUDARA SYAHRUL SOFIAN YANG JUGA MERUPAKAN CALON UMUM YANG BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS KALI INI.WALAUPUN BERLAINAN IDEOLOGI,TETAPI SEBAGAI MAHASISWA JIKA SESUATU MUSIBAH BELAKU KEPADA SAHABAT KITA,MAKA ADALAH MENJADI TANGGUNJAWAB KITA UNTUK SAMA-SAMA TURUN MEMBANTU...



ALHAMDULLILAH..SAUDARI MASTURAH ABU BAKAR TELAH DIJUMPAI SEMULA MALAM TADI.NAMUN,PIHAK KAMI MASIH BELUM MENGETAHUI PUNCA SEBENAR KEJADIAN INI...


ADAKAH PERKARA INI SEBAGAI SATU PROVOKASI DAN SEBAGAI CARA TERAKHIR UNTUK MERAIH UNDI ATAU MEMANG BENAR-BENAR BELAKU DAN DI LUAR JANGKAAN..APA PUN SAUDARI MASTURAH DILAPORKAN BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT...


``ALLAH MAHA BESAR.....``...TAKBIR...!!!!!!!



SEGALA MAKLUMAT DAN BERITA MENGENAI PERKARA INI BOLEH LIHAT SINI http://masturahhilang.blogspot.com/





Ahad, 20 Februari 2011

UNDILAH CALON PILIHAN MAHASISWA....!!!!!!!!!!!






















``DARIPADA MAHASISWA,KEPADA MAHASISWA,UNTUK MAHASISWA ``

``AGAMA/ILMU/PERPADUAN/KEBAJIKAN``

``UM IS ONE``

MAHASISWA UM TOLAK CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UM













salam kepada semua...


Mahasiswa UM tolak unsur politik pilihan raya kampus

BERITA HARIAN
2011/02/19

KUALA LUMPUR: Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menolak campur tangan politik dalam pilihan raya kampus universiti itu yang dijadualkan berlangsung, lusa.

Pengerusinya, Mohd Asri Zulkifli, berkata kemasukan politik luar sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang akan menyebabkan perpecahan di kalangan mahasiswa. 


Kita juga menolak sebarang bentuk provokasi atau fitnah yang cuba dilakukan sepanjang pilihan raya kampus. Kita mahu menjadikan pilihan raya kali ini berjalan lancar sekali gus mencerminkan keintelektualan mahasiswa.
“Sehubungan itu, saya memohon supaya seluruh mahasiswa menolak sebarang unsur politik dalam pilihan raya UM,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Asri juga kesal dengan tindakan segelintir mahasiswa yang mengadakan demonstrasi kelmarin kerana ia memberikan imej buruk kepada mahasiswa UM.

“Saya terkilan apabila ada mahasiswa menunjukkan cara tidak puas hati melalui demonstrasi. Sebarang provokasi menjelang pilihan raya kampus kali ini sangat memalukan mahasiswa UM.

“Sepatutnya mahasiswa menggunakan peluang ini untuk memilih perwakilan terbaik bagi membela kebajikan pelajar pada masa akan datang,” katanya.
Mengulas dakwaan kehadiran pemimpin politik parti pembangkang ketika demonstrasi kelmarin, Mohd Asri berkata, beliau menerima maklumat itu, tetapi masih belum mempunyai bukti kehadiran individu terbabit.



CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse