Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 12 Jun 2011

CIKGU SHIDA BAKAL BERGELAR ARTIS..?



salam kepada semua..


ANDA SEMUA PASTI INGAT LAGI DENGAN CIKGU SHIDA YANG PERNAH MENIMBULKAN KONTROVERSI DALAM LAMAN YOUTUBE DENGAN PELBAGAI AKSI MIMING YANG DIBUAT OLEHNYA BAGI MENGHILANGKAN TEKANAN...
BENARLAH KATA PEPATAH..TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI..TUAH MANUSIA DI MANA-MANA...KINI CIKGU SHIDA BAKAL BERGELAR SEORANG PELAKON...KERANA AKSI BELIAU DI LAMAN YOUTUBE TELAH MENARIK MINAT SEORANG PRODUKSI...


ADAKAH LAKONAN CIKGU SYIDA INI BAKAL MENCATAT SATU LAGI SEJARAH DAN MEMECAHKAN REKOD DALAM DUNIA HIBURAN TANAH AIR...SAMA-SAMA KITA NANTIKAN....

Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-


PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.

Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.

“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

NELAYAN MOGOK SUBISIDI DIESEL DITARIK KEMBALI:KERAJAAN HARUS SEGERA SELESAIKAN




KERAJAAN PERLU PANDANG SERIUS PERKARA INI.....

SEKARANG NELAYAN MOGOK SEBAB KERAJAAN TARIK BALIK SUBSIDI DIESEL KEPADA MEREKA....


JANGAN NANTI RAKYAT PULA YANG MOGOK KERANA HARGA IKAN TERLALU TINGGI DI PASARAN....

SEKIRANNYA MASALAH INI BERLANJUTAN,SUDAH TENTU AKAN MENJEJASKAN SEKTOR PERIKANAN DI NEGARA INI...HARGA IKAN AKAN MELAMBUNG TINGGI SEKALIGUS MENAMBAH BEBAN RAKYAT...

PERBINCANGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN PIHAK TERBABIT ADALAH PERLU DISEGERAKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH YANG LEBIH BURUK AKAN TIMBUL...

DIHARAP..KERAJAAN YANG MELAUNGKAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN DAPAT MENGATASI MASALAH NELAYAN INI...



berikut adalah berita mengenai perkara ini :-

Kuala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo



Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan

Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA

Sabtu, 11 Jun 2011

SALMIAH DIIKTIRAF WANITA PERTAMA DI DUNIA KENDALI JENTERA PEMBERSIHAN JALAN


Wah...Tahniah kepada Mak Cik Salmiah kita ini kerana telah di iktiraf sebagai Wanita pertama di Dunia yang kendali jentera pembersihan jalan..Tak sangka juga kan.Mak cik salmiah mendapat pengiktirafan dunia dengan kerja yang telah beliau lakukan ini tanpa beliau sedar.Tidak ramai orang yang bekerja berpeluang untuk mendapat pengiktirafan setinggi ini...Mungkin dengan kerja yang ikhlas,berkomitmen serta amanah melayakkan Mak Cik Salmiah untuk menerima pengiktirafan ini..Mungkin kesabaran beliau selama ini mendapat pengiktirafan ..Walau siapa pun kita..kejayaan akan datang jika kita benar-benar yakin dan teus istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.SYABAS buat Mak Cik Salmah kerana telah menerima pengiktirafan ini....Inilah salah satu pengorbanan ibu untuk mencari sumber rezeki dan pendapatan keluarga demi anak-anak...


Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-



SHAH ALAM: Kakitangan Alam Flora Sdn Bhd, Salmiah Mat Saad, 49, menerima pengiktirafan daripada syarikat pembekal jentera dan logistik yang berpangkalan di Switzerland, Buchaer-Schorling sebagai pemandu jentera pembersihan jalan wanita pertama di dunia.Ibu kepada lima anak itu berkata, dia amat gembira dan tidak menduga terpilih untuk mendapat pengiktirafan daripada salah sebuah syarikat terkemuka dunia.

"Saya amat terkejut dan tidak sangka menerima pengiktirafan ini. Saya dimaklumkan pada petang Khamis supaya berpakaian kemas bagi menghadiri satu majlis, hari ini."Saya anggap tugas ini sebagai tanggungjawab harian. Syukur... saya akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan mutu kerja saya, " katanya pada sidang media di Wisma DRB-Hicom di sini, Jumaat.

Menurut Salmiah, pengiktirafan itu menjadi pembakar semangat kepada dirinya untuk membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu menandingi keupayaan lelaki."Perasaan takut terpaksa dibuang jauh-jauh kerana tugas ini menuntut kesabaran, fokus dan kemahiran tinggi. Saya juga tiada masalah untuk melakukan tugas yang rata-ratanya didominasi golongan lelaki," jelasnya.Bagi Salmiah, gender tidak menjadi penghalang kepada dirinya untuk melaksanakan tugas lasak ini dengan sempurna sama seperti rakan sekerja lelaki yang lain.

"Saya percaya golongan wanita juga boleh melakukan kerja lasak. Tiada apa yang mustahil cuma kita perlu berani dan komited terhadap tugas yang diamanahkan," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Zain Hassan berkata pihaknya dalam perancangan untuk menambah bilangan pemandu jentera pembersihan jalan di kalangan wanita.

"Kita akan beri peluang pekerjaan kepada lebih ramai wanita dalam bidang itu. Baru-baru ini kita telah mengadakan program latihan dan maklum balas yang diterima amat menggalakkan," ujarnya.
Mohd Zain berkata, rancangan terhadap penambahan pekerja itu akan dilakukan demi meningkatkan tahap operasi pembersihan di pusat bandar sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain. Jelas Mohd Zain, syarikat kendaliannya itu mempunyai 10 pemandu jentera pembersihan jalan di sekitar Kuala Lumpur, seorang daripadanya adalah wanita.








Got a gorgeous diamond ring on ur finger? Compliment it with a manicure! #LamoreNail #MilkADeal

Got a gorgeous diamond ring on ur finger? Compliment it with a manicure! #LamoreNail #MilkADeal

MAD - Long nails? Paint them gorgeous at L amore Nail Expert.

MAD Deal of the Day: RM32 instead of RM101 for a Refreshing Manicure & Pedicure + Callus Removal & Cuticle Treatment + Hand & Feet Massage at L amore Nail Expert, Kuchai Lama.

Cracking your knuckles and noticed your long nails? Don't waste your gorgeous unpainted nails. Get mani and pedi next weekend with your girl friend!

Quick click buy! You know you've got to book that appointment quick!

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.



Rabu, 8 Jun 2011

PENULIS SMART GENERATION KINI DI ALAM PEKERJAAN



salam kepada semua..


Penulis Smart Generation kini telah mula bekerja apabila tamat belajar pada bulan Mei 2011 yang lalu.InsyaAllah akan menerima Ijazah pada 5 Oktober 2011 nanti pada Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya.Alhamdullilah..selesai sahaja belajar telah menerima tawaran kerja di Ibu Pejabat Mydin Mohamed Holding Berhad sebagai Manangement Trainee dalam Department Operasion iaitu Audit Item.Penulis telah mulai bekerja pada 6 Jun 2011 yang lalu.

Di sini lah pengalaman kerja terbaru Penulis Smart Generation dan akan dijadikan bekal untuk penulis mencari pengalaman kerja sebelum pergi lebih jauh.Mungkin di sini penulis boleh berkongsi mengenai kerja pertama penulis kepada pembaca sekalian...

Penulis macam pekerja pejabat yang lain seperti biasa akan mulai kerja pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.Tetapi yang menariknya kerja penulis adalah banyak Oustation kerana membuat kerja-kerja audit barangan di selurh cawangan Mydin Mohamed yang terdapat di Malaysia.Seluruh Tanah air yang ada cawangan Mydin penulis akan ke sana untuk membuat kerja-kerja audit.Seronoknya kerana dapat pergi Travel..tetapi penat juga nak mengaudit barang-barang ni...Apapun penulis gembira dengan kerja pertama penulis Smart Generation...

tetapi sedihnya,penulis tidak dapat lagi sentiasa mengupdate Blog Smart Generation ini kerana kekakangan masa yang penulis hadapi ketika memasuki alam pekerjaan ini..Semoga para pembaca mendoakan  kejayaan Penulis Smart Generation....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse