
Jumaat, 3 Disember 2010
KETUANAN MELAYU VS KETUANAN RAKYAT VS KETUANAN ISLAM=?
salam kepada semua..
Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat atau Ketuanan Islam?
Dersawasa ini banyak perbincangan yang berkisar berkenaan dengan siapa Tuan di negara ini?Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat siapa selayaknya menjadi Tuan di negara Malaysia ini.Tidak kira daripada Ahli akademik,Sejarawan,Ahli politik,NGO dan masyarakat secara keseluruhannya masing-masing mempunyai hujah dan pendirian berkenaan konsep ketuanan ini.Ketuanan Melayu?Ketuanan Rakyat?dan Ketuanan Islam?.Sudah tentu perkara ini dibincangkan bukan kerana mahu menentukan siapa selayaknya yang harus memiliki Ketuanan ini.Adakah Melayu semata-mata atau Rakyat keseluruhannya ataupun Orang islam semata-mata.Kalau kita mencari penentuan kepada siapa yang selayaknya,sudah tentu isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila dan akan berlarutan malahan bakal mencetuskan satu polemik permusuhan antara bangsa,kaum dan Agama.
Sebelum kita pergi kepada perbincangan selanjutnya,harus kita ketahui Apakah maksud di sebalik setiap konsep Ketuanan ini.Mungkin maksud yang diberikan dalam penulisan ini bukanlah tepat tetapi adalah sebagai satu penjelasan kepada masyarakat berkenaan konsep ketuanan yang mahu dibawakan ini.
Ketuanan Melayu ialah suatu kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu(sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sekarang Malaysia. Persetujuan timbal balik atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak sosial. Dapat disimpulkan di sini bahawa Konsep ketuanan Melayu ini adalah mengiktiraf melayu sebagai tuan dan penguada di Tanah air ini dan diberikan keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Ketuanan Rakyat pula adalah berlawanan dengan ketuanan Melayu yang lebih bersifat universal atau secara menyeluruh iaitu tidak kira daripada bangsa apa pun Melayu,cina,india,kadazan,dusun dan sebagainya dengan syarat merupakan warganegara Malaysia yang berhak mendapat keistimewaan dan pembelaan tanpa ada sebarang prasangka kepada kaum lain.Ketuanan Rakyat ini memberikan sepenuhnya kuasa kepada rakyat untuk menentukan kehendak dan pandangan mereka.Ketuanan Rakyat ini memberikan harapan dan sinar baru kepada rakyat untuk bangkit dan mempertahankan tanah air ini secara bersama dan bersama-sama dalam memajukan Tanah air ini.
Ketuanan Islam adalah meletakkan bahawa Agama Islam itu sendiri sebagai tunjang utama yang mana Islam itu sendiri bersifat universal yang mampu membawa kesejahteraan kepada selurh alam ini tidak kira daripada bangsa apa sekalipun.Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita.Islam adalah agama bukan untuk Melayu semata-mata bahkan masyarakat dan kaum cina dan india adalah golongan terawal yang telah menerima islam dan islam adalah agama yang mampu membawa keadilan dengan sebenarnya.Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim dan termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah.Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan islam tetapi islam tidak memaksa manusia untuk menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka
Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Islam masing-masing mempunyai definisi dan maksudnya yang tersendiri malahan semakin ramai yang membincangkan isu ini semakin ramai yang akan memberikan maksud dan definisi konsep mereka berkenaan konsep ketuanan ini.Bukanlah istilah dan definisi yang mahu kita cari dan pertahankan tetapi perbincangan mengenai konsep ketuanan ini adalah suatu keperluan demi memahamkan dan menjelaskan kepada masyarakat mengenai kebenaran di sebalik konsep ketuanan ini.
Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,"
Ketuanan Melayu atau Rakyat sebenarnya dicetuskan oleh ahli-ahli politik untuk tujuan politik dan kepentingan parti politik tersebut.Perkara ini dibangkitkan demi untuk mendapatkan sokongan dan juga perhatian daripada rakyat.Kalau dilihat dalam konsep ketuanan melayu ini sebenarnya melayu tidak pernah menjadi tuan.Orang melayu sejak dahulu lagi telah lama ketinggalan berbanding dengan kaum lain dari segi ekonomi.Sekarang ini orang cina dan bangsa lain mendominasi 70 % ekonomi di negara ini manakala orang melayu hanyalah 30 %.Melayu hanya menjadi tuan pada nama dan kenyataan sahaja tetapi tidak pernah menjadi juara dalam segala aspek.Namun,konsep ketuanan ini diperlagakan untuk memastikan bahawa orang-orang melayu di negara ini terus mempersoalkan hak dan keistimewaan mereka manakala kaum lain terus mencari periuk nasi mereka dan terus kehadapan berbanding bangsa melayu.Yang akan rugi dan ketinggalan hanyalah bangsa melayu yang menganggap diri mereka sebagai tuan.Ahli-ahli politik melayu bergaduh dan bertikam lidah mengenai perkara ini.Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa yang akan rugi adalah bangsa Melayu sendiri dan rakyat melayu sendiri.Sebab itu alternatifnya adalah ketuanan Islam.Tidak kira bangsa apa pun tetapi seharusnya bertuankan kepada islam.Ketuanan Islam lebih relevan kepada rakyat.Namun ketuanan ini sudah tentu akan ditolak oleh Agama lain yang tidak faham akan konsep ketuanan islam ini.
Sememangnya konsep ketuanan ini adalah sesuatu yang berbentu abstrak,Tidak perlu dilaung-laungkan bahawa aku adalah tuan di negara ini.Perkara ini bukan sekadar sorakan atau tempikan di bibir tetapi perkara ini adalah bentuk perlaksanaan yang perlu dihidangkan di depan mata dengan kejayaan.Tidak kira Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat atau Ketuanan Islam kunci utamanya adalah penyatuan dan kesatuan demi untuk sama-sama membartabatkan negara dan tanah air tercinta ini.
sekian..
MOHD ASRI ZULKIFLI,
PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)
Khamis, 2 Disember 2010
PENDEDAHAN WikiLeaks:PROPAGANDA TERBESAR DUNIA
salam kepada semua...
Penulis Smart Generation ingin membuat ulasan berkaitan satu pendedahan Laman Web yang paling popular sekarang ini iaitu WikiLeaks kerana telah mendedahkan banyak dokumen-dokumen rahsia dan kerajaan di seluruh dunia pada masa kini. Penulis Smart Generation melihat isu ini sebagai satu Propaganda baru dan terbesar yang bakal merubah Geopolitik Dunia yang mana banyak pendedahan sulit dan dokumen penting yang telah disiarkan di dalam laman web ini.Sudah tentu segala pendedahan yang dikeluarkan daripada Sumber Wikileaks ini akan mendapat perhatian umum dan dunia,Malahan dikatakan ramai pemimpin-pemimpin dunia yang terkejut dan takut dengan pendedahan yang telah dikeluarkan oleh Wikileaks ini.Penulis Smart Generation berpandangan bahawa terdapat dalang di sebalik pendedahan-pendedahan yang telah dikeluarkan oleh Laman Web rahsia ini yang mana tujuan utama mereka adalah menimbulkan kekecohan dan perbalahan antara negara-negara besar dunia dengan negara yang lain.
SINGAPURA:
Singapura juga melahirkan rasa kebimbangan yang amat sangat berhubung pendedahan dokumen sulit diplomatik Amerika Syarikat kepada umum oleh laman web WikiLeaks, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'merosakkan'.Kementerian Luar dalam kenyataan semalam berkata adalah kritikal untuk melindungi dokumen rasmi dan surat-menyurat diplomatik sulit dan sebab itu Singapura mempunyai Akta Rahsia Rasmi lapor Bernama."Khususnya pendedahan dokumen secara pilihan khususnya apabila ditafsir diluar konteks, hanya akan menyemai kekeliruan dan gagal memberi gambaran menyeluruh mengenai isu-isu penting yang sedang dibincangkan pada tahap kerahsiaan yang tinggi di kalangan pemimpin," katanya.Kementerian itu mengulas pertanyaan media berhubung laporan media asing mengenai pendedahan saluran diplomatik Amerika Syarikat oleh WikiLeaks yang menyebut bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew mengelar rakyat Korea Utara sebagai 'psikopat' dan pemimpinnya Kim Jong-II sebagai 'orang tua yang lembik' yang dahagakan pujaan orang awam.Dalam dokumen memperincikan perbualan antara Lee dan Timbalan Setiausaha Negara James B.Steinberg pada Mei tahun lepas, Lee berkata beliau akan terkejut sekiranya Korea Utara bersetuju melepaskan senjata nuklearnya."Mereka ini jenis psikopat dengan orang tua lembik sebagai pemimpin yangmelompat-lompat di sekitar stadium mencari pemujian," menurut dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia, yang dipetik oleh laporan akhbar.Dokumen itu menyebut Lee membandingkan nasib rakyat Korea Utara dengan pengalamannya semasa penjajahan Jepun di negaranya semasa Perang Dunia Kedua."MM (Menteri Mentor) Lee sebut beliau telah mempelajari hidup selama tiga setengah tahun di bawah penjajahan Jepun di Singapura yang rakyat akan mematuhi pihak berkuasa yang boleh menafikan mereka makanan, pakaian dan ubat-ubatan,"menurut dokumen yang dibongkarkan itu."Korea Utara mungkin juga menyerahkan 'kapasiti serangan pertama' tetapi akan menyimpan senjata atom 'sekiranya USG (kerajaan Amerika Syarikat) mengambil keputusan untuk mengubah rejim," mengikut dokumen sulit itu.Lee juga berkata beliau percaya Jepun mungkin beralih kepada nuklear sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea itu.
MALAYSIA:
Malaysia juga turut terbabit sama dalam pendedahan yang telah dikeluarkan oleh WikiLeaks ini yang mana menyatakan bahawa terdapat 2 syarikt Malaysia yang terlibat dalam penjualan senjata di Iran.Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.
MAKLUMAT LENGKAP BERKAITAN WIKILEAKS:
Sumber:Wikipedia
1.WikiLeaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit hasil serahan sumber yang tidak diketahui dan kebocoran internet sambil merahsiakan sumber-sumbernya.
2.Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.Pertubuhan ini mengakui dirinya diasaskan oleh penentang politik China, di samping wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat permulaan dari Amerika Syarikat,Taiwan,Eropah,Australia dan Afrika Selatan.
3.Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australi bernama Julian Assange adalah pengarahnya
4.Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan pangkalan data sebesar lebih 1.2 juta dokumen.
5.Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder.
6.Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari perang Afghanistan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.
7.Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama.
8.Seterusnya pada November ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".
MAKLUMAT WIKILEAKS DALAM UTUSAN MALAYSIA:-
WIKILEAKS ketika ini menjadi laman sesawang yang paling popular dalam mana-mana enjin carian di Internet. Laman sesawang ini hampir sama dengan laman sesawang Wikipedia yang sinonim di kalangan pengguna Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkara.Bezanya, WikiLeaks memilih untuk memaparkan maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.Meskipun turut membuka sumber maklumat kepada orang awam, namun WikiLeaks mempunyai saringan yang sangat ketat ke atas bahan yang diterima. Tidak semua maklumat yang diperoleh didedahkan dengan segera melainkan dengan penyiasatan rapi. Ia dilakukan dengan bantuan beberapa pihak seperti wartawan dan pendukung hak asasi manusia.Dengan sifatnya yang memaparkan rahsia-rahsia sulit kerajaan dan organisasi, WikiLeaks menjadi tumpuan di kalangan individu yang mempunyai maklumat rahsia tetapi tidak berkemampuan mendedahkannya kerana tekanan pihak tertentu.Di Sweden iaitu negara di mana laman sesawang itu dibangunkan, adalah menjadi kesalahan untuk melakukan siasatan terhadap sumber-sumber berita dalam bidang kewartawanan. Malah, negara itu juga mempunyai undang-undang untuk menghukum mana-mana badan berita yang mendedahkan sumber mereka kerana perbuatan itu dianggap sebagai satu jenayah.Perlindungan undang-undang itulah menyebabkan WikiLeaks dibanjiri dengan pelbagai dokumen rahsia dan sulit oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Sehingga kini, WikiLeaks mendakwa memiliki lebih sejuta dokumen rahsia milik kerajaan dan organisasi, yang akan didedahkan pada bila-bila masa.Meskipun kebanyakan pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks berkait dengan rahsia sulit Amerika Syarikat (AS), namun laman sesawang itu turut memaparkan pendedahan-pendedahan lain yang tiada kena mengena dengan kuasa dunia itu. Antaranya isu korupsi di Kenya, penindasan hak asasi di Timor Leste, skandal minyak di Peru, sekatan Internet di China, skandal bank di Sweden dan banyak lagi.WikiLeaks sebenarnya sudah pun berada di Internet sejak 2006 dengan organisasi tidak berasaskan keuntungan, The Sunshine Press yang berpusat di Sweden dinamakan sebagai pemiliknya. Bagaimanapun kewujudannya mula mendapat perhatian ramai pada April 2010 apabila laman sesawang itu memuat naik sebuah video serangan tentera AS ke atas 12 orang penduduk awam di Iraq.Video yang dinamakan Collateral Murder itu memaparkan dengan jelas kejadian tembakan yang berlaku pada 2007 yang turut membunuh dua orang wartawan Reuters yang sebelumnya dilaporkan hilang.Video dan dokumen rahsia itu diterima oleh WikiLeaks daripada seorang tentera AS yang pernah berkhidmat di Iraq iaitu Bradley Manning. Ia diikuti dengan pendedahan kira-kira 90,000 laporan perang membabitkan askar NATO dan AS di Afghanistan dalam tempoh enam tahun terakhir.Laporan-laporan perang itu turut disiarkan oleh akhbar utama di tiga buah negara iaitu Guardian (Britain), New York Times (AS) dan Der Spiegel (Jerman).
Pada Oktober lalu, WikiLeaks sekali lagi mencemaskan AS apabila menyiarkan 400,000 laporan perang di Iraq. Begitu pun pendedahan terbaru pada 28 November lalu dilihat lebih berbahaya dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik banyak negara terutamanya dengan AS.Ia merupakan dokumen komunikasi antara Washington dengan 274 buah kedutaan besar dan konsulat jeneral AS di seluruh dunia. Ia juga merupakan dokumen yang lebih lama iaitu bermula pada 1966 hingga Februari tahun ini. Daripada kira-kira 250,000 dokumen yang didedahkan itu, lebih 15,000 daripadanya diklasifikasikan sulit oleh AS.Antara dokumen yang didedahkan ialah tindakan AS untuk mengintip kepimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dakwaan korupsi Timbalan Presiden Afghanistan, Zia Massoud yang cuba membawa keluar wang tunai berjumlah AS$52 juta.AS menanggapi pendedahan terbaru WikiLeaks ini lebih keras kerana ia disifatkan pendedahan dokumen sulit terbesar selepas Perang Vietnam. Malah, Washington juga mengingatkan masyarakat dunia bahawa pendedahan WikiLeaks itu boleh mengancam keselamatan banyak pihak terutamanya diplomat-diplomat mereka serta anggota tentera yang bertugas di Iraq dan Afghanistan ketika ini.
Namun ketakutan sebenar AS ialah hakikat sebenar amalan hak asasi manusia oleh negara itu yang selama ini mendakwa paling adil dan saksama di dunia.Pendedahan WikiLeaks itu menggambarkan bahawa AS sebenarnya bersifat diktator dan cuba mengawal serta memanipulasi isu-isu yang tidak berkaitan dengan negara itu.Begitu pun, siapa di sebalik WikiLeaks masih menjadi satu persoalan yang besar. Begitu juga dengan maksud dan tujuan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh laman sesawang itu.Setakat yang diketahui dunia, WikiLeaks banyak terarah kepada kelibat seorang lelaki warga Australia yang dikenali Julian Assange, 39. Pemegang Doktor Falsafah dalam bidang Fizik dan pakar penggodam komputer ini dikatakan menyelenggara laman sesawang itu dengan bantuan kira-kira 10 orang sukarelawan.Pada permulaannya, Assange mengendalikan laman sesawang itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne. Namun Assange kini tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman sesawangnya itu menjadi perhatian dunia.Terbaru Assange dikatakan cuba mendapatkan suaka politik dari Sweden selepas AS memberi amaran akan membawa beliau ke muka pengadilan kerana kesalahan mendedahkan rahsia sulit kerajaan.Sebuah laporan dari Australia menyebut Assange adalah individu yang bermasalah sejak dari kecil. Dia pernah belajar di 136 buah sekolah berbeza dan pernah ditahan beberapa kali kerana kesalahan menggodam komputer.Kerana tumpuannya yang lebih kepada keburukan dan kejahatan AS, ramai yang mendakwa WikiLeaks ditaja oleh pihak-pihak yang cuba menjatuhkan imej negara kuasa besar dunia itu.
Parti Republikan dan ejen Rusia disebut-sebut sebagai dalang utama. Tidak kurang juga yang beranggapan WikiLeaks adalah ciptaan AS sendiri sebagai salah satu alat propaganda untuk menjejaskan hubungan diplomatik di kalangan negara yang menjadi mangsanya.Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad adalah antara individu yang paling yakin dengan teori konspirasi itu berdasarkan pendedahan WikiLeaks bahawa negara-negara Arab bersetuju supaya AS menyerang Iran.Namun Assange menegaskan, WikiLeaks tidak berjuang untuk kepentingan mana-mana pihak jauh sekali untuk memastikan kelangsungan kuasa pihak-pihak tertentu.
BAS WANITA:TAHNIAH RAPID KL!
salam kepada semua..
Penulis Smart Generation mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain diatas langkah bijak dan mesra kaum wanita , sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita dalam negara ini .perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).
Penulis Smart Generation pasti berita ini merupakan satu berita gembira bagi kaum wanita di bandaraya Kuala Lumpur yang selalu menggunakan pengangkutan awam di negara ini.Langkah seperti ini dapat mengurangkan banyak perkara yang tidak diingin seperti kelakuan jenayah,ragut,rogol dan sebagainya.Jika dilihat daripada suasana yang banyak berlaku sekarang ini apabila ramai dikalangan wanita yang banyak menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila menaiki pengangkutan awam dalam waktu puncak dan sesak.Malahan terdapat kaum wanita yang dirakam gerak geri mereka di dalam pengangkutan awam serta disebarkan ke dalam internet.Semoga lebih banyak pihak dan syarikat yang mencontohi perkara yang baik seperti ini demi kesejahteraan dan keselamatan wanita di luar sana.
Sebelum ini Perkhidmatan KTM telah pun memulakan perkara ini dengan menyediakan ruang khas buat Wanita iaitu KOC WANITA.Perkara ini seharusnya mendapat pujian kerana melakukan langkah-langkah pencegahan.Namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu Golongan Lelaki yang masih tidak memandang berat penguatkuasaan ini dan masih memasuki ruang yang telah dikhaskan untuk kaum wanita.Semoga pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini serta menguatkuasakan undang-undang yang lebih baik untuk melindungi keselamatan wanita di negara ini.
BLOGGER TERHEBAT MALAYSIA
Penulis Smart Generation bersama Tuan Syed Akbar Ali Presiden Blogger Semalaysia
salam kepada semua
Penulis Smart Generation hari ini tertarik dengan satu rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Jika Blogger Mesra Kerajaan Beralih Kiblat? yang di tulis oleh Zaini Hassan pada 1 Desember 2010.Penulis Smart Generation melihat bahawa Blogger yang terdapat di Malaysia adalah antara pelopor kepada Media Alternatif Baru di Malaysia ini yang dapat memberikan kesan serta sebagai perang saraf era moden apabila setiap blogger mempunyai kekuatan ideologi masing-masing.Blogger-blogger politik ini tidak kurang hebatnya apabila mampu mendedahkan skandal-skandal baru beserta bukti dan fakta yang cukup kuat mengalahkan media arus perdana.Namun,timbul kerisauan kepada Penulis Smart Generation sendiri jika Para Blogger tidak menjaga etika dalam penulisan yang mana membuat penulisan tanpa sebarang usul periksa dan bukti yang kukuh yang menyebabkan artikel yang disiarkan itu menjadi satu fitnah kepada masyarakat umum.Tidak dinafikan bahawa mereka menggunakan agenda fitnah ini sebagai satu perang saraf dan juga propaganda untuk mendapatkan perhatian umum,tetapi mereka sebenarnya lupa bahawa mereka membawa keburukan dan menyebarkan fitnah.Bagaimana mungkin Fitnah yang telah tersebar di alam maya ini dapat dihentikan?malahan bagaimana pula mereka mahu memohon maaf kepada orang yang di fitnah itu apabila fitnah itu telah tersebar secara meluas.Penulis Smart Generation menasihatkan diri penulis supaya tidak termasuk dikalangan orang yang menyebarkan fitnah di dalam penulisan.Semoga Penulisan kita ini dapat memberikan maklumat dan sumbangan kepada masyarakat.
Berikut merupakan Artikel dalam Utusan Malaysia:-
MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.
Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu -- sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut.Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.
Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak.Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.
Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky‘s Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.
Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei.
Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.
Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM...?”Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan...???Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan?
Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?-Utusan Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse










