Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 12 Mei 2010

KONGRES INTEGRITI PEMIMPIN MAHASISWA

1.Penulis pada hari ini iaitu 11 MEI 2010 telah berpeluang untuk menyertai KONGRES INTEGRITI PEMIMPIN MAHASISWA 2010 bertempat di Putrajaya International Covention Centre(PICC),Putrajaya dengan tema 1Malaysia Berintegriti:Mahasiswa Melestari.Ucap utama dalam kongres ini telah disampaikan oleh Y.B Dato` Seri Khaled Nordin(Mneteri Pengajian Tinggi).Kongres  yang julung kali diadakan ini dengan kerjasama KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI dan INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA.
2.Penulis merasakan bahawa program ini sangat bermanfaat dan memberikan pelbagai input yang berguna berkaitan integriti ini kepada seluruh mahasiswa yang telah hadir kedalam program ini.Dengan sidan plenari yang telah disampaikan oleh Prof Dato` Ir Dr Zaini Ujang(Naib Canselor UTM) berkaitan isu IDEALISMA MAHASISWA DAN INTEGRITI sangat menarik untuk difahami dan dihayati oleh seluruh mahasiswa.Perkara yang penulis merasakan sangat menarik dalam sesi ini apabila beliau telah memberikan dua pecahan dalam bidang pendidikan yang mana satu merupakan Ilmu itu sebagai suatu bentuk ganjaran dan satu lagi ilmu itu adalah perkara yang wajib disampaikan secara ikhlas tanpa sebarang ganjaran.Orang pertama yang telah mempekenalkan gaji kepada pensyarah adalah Max Weber seorang sarjana barat yang merasakan bahawa ilmu yang disampaikan itu adalah nilai yang perlu diberikan sebagai ganjaran,manakala Imam syafie seorang intelektual islam yang terkenal menyampaikan ilmu itu sebagai sesuatu yang wajib dan perlulah ikhlas tanpa sebarang ganjaran.Selain itu dalam sesi ini juga beliau menerangkan mengenai perbezaan diantar First Class Mentality dengan Third Class Mentality yang sangat dekat untuk dikaitkan dengan integriti.
3.Sidang plenari yang kedua dalam bentuk forum dengan tajuk ``INTEGRITI PEMIMPIN MAHASISWA:MEREALISASIKAN HARAPAN IMALAYSIA BERINTEGRITI`` yang telah disampaikan oleh dua orang tokoh belia iaitu Prf Madya Dr Asyraf Wajdi Dasuki Dato hj Dasuki (Ketua Pengurusan Penyelidikan ISRA) bersama Y.Brs Dr Sarjit Singh(Felow utama penyelidikan belia negara UPM).Dalam forum yang telah disampaikan ini kedua-dua penceramah telah membangkitkan semangat mahasiswa untuk mengembalikan zaman kegemilangan mahasiswa pada masa dahulu dan membangkitkan mengenai isu kurangnya mahasiswa dalam isu-isu yang berlaku dalam masyarakat.Mereka berpendapat bahawa Mahasiswa tidak perlu takut dengan kekangan yang dihadapi termasuk AUKU untuk menyatakan sebarang pandangan dan idea.Pelbagai medium boleh digunakan sebagai platform yang terbaik untuk mengutarakan pendapat dan pandangan terutama di media massa dan di dada-dada akhbar.Mahasiswa juga diingatkan supaya menjadi mahasiswa yang non particant dalam parti politik tertentu yang mana akan mengikat mahasiswa kepada sesuatu parti tertentu sahaja.Mahasiswa hendaklah menjadi mahasiswa yang boleh memberikan pandangan dan idea yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dan bersifat akademik dan bukannya emosi semata.
4.Seterusnya seluruh mahasiswa yang menghadiri seminar ini telah dipisahkan kepada 4 bengkel utama untuk membuat dan menyampaikan resolusi untuk dikentengahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi.Bengkel pertama ``STRATEGI MEMPERKASAKAN MINTEGRITI MAHASISWA``,Bengkel kedua,``PEMBINAAN SAHSIAH& BUDAYA KECEMERLANGAN DALAM KALANGAN MAHASIWA,Bengkel ketiga ``1MALAYSIA BERINTEGRITI :PERANAN MAHASISWA dan Bengkel keempat ``INTEGRASI NASIONAL:PERANAN MAHASISWA.Hasil daripada perbincangan keempat-empat bengkel ini  10 resolusi telah dipilih untuk disampaikan kepada menteri untuk diambil perhatian sewajarnya.
5.Penulis berpandangan bahawa kongres ini merupakan sesuatu yang baik diteruskan pada masa-masa yang akan datang kerana dapat mengumpul dan mendalami isi hati dan luahan mahasiswa sendiri berkaitan isu integriti ini.Mahasiswa mahu melihat Role Model yang baikdikalangan pemimpin kerana yang lebih dekat dengan isu integriti ini adalah penjawat awam dan mereka yang terlibat dalam sesuatu organisasi dan pentadbiran.Integriti ini perlu disemai daripada peringkat yang muda lagi iaitu daripada benihnya lagi dan dibaja dan dijaga supaya akan tumbuh segar dan berkualiti.
Sekian..

Isnin, 10 Mei 2010

SAMPAH ITU BISA MENJADI EMAS!


1.Penulis pada pena kali ini ingin melontarkan pendapat dan pemikiran mengenai pembinaan minda kelas pertama dalam masyarakat kita.Penulis mahu merungkai mengenai persoalan yang berlaku berkenaan persepsi dan pandangan masyarakat masa kini dan sikap mereka dalam membawa halu tuju kearah sebuah bangsa yang berada di kelas yang tertinggi.

2.Penulis mahu melihat Malaysia melahirkan bangsa dan masyarakat yang berbudi pekerti mulia disamping mempunyai nilai dan kesopanan yang tinggi disamping ilmu yang merentasi seluruh alam kehidupan .Masyarakat yang akan lahir pada hari ini adalah masyarakat yang sentiasa menginginkan keselesaan dalam kehidupan mereka.Namun dalam setiap keselesaan yang mereka nikmati dan kecapi itu segalanya hanya akan menjadi sia-sia dan tidak berhaga jika nilai moral terabai dalam diri dan kehidupan mereka.

3.Sampah mungkin sesuatu yang kotor dan jijik dalam masyarakat Malaysia.Tetapi sebenarnya manusia tidak akan terfikir bahawa dengan sampah itu Manusia akan menjadi kaya dan hebat.Sampah itu akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai dan berharga jika masyarakat mampu merubah sampah yang kotor dan jijik itu sebagai sesuatu yang berharga.Masyarakat ini akan mampu membina minda kelas pertama dengan merubah sampah itu menjadi emas.Mungkin tampaknya sukar,tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

4.Penulis melihat bahawa dalam setiap perkara yang berlaku dalam diri dan kehidupan manusia sebagai sesuatu yang berharga anugerah daripada pencipta.Manusia diciptakan dengan setiap darinya mempunyai karenah dan perangai yang tersendiri,malahan ada manusia yang telah berjaya menggunakan sepenuhnya segala kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya sebagai kejayaan dirinya pada hari ini.

5.Sukar untuk kita menentukan sejauh mana pencapaian kita dan apa yang akan kita lalui hari demi hari.Sesuatu yang langsung kita tidak pernah fikirkan sekalipun akan berlaku pada diri kita.Manusia yang banyak belajar dari kesilapan dan kesalahan adalah manusia yang berjaya dan bahagia.Manusia yang sentiasa dihina,dicaci,dihina dan dikeji mungkin akan menjadi seseorang yang berjaya dan dihormati.Semuanya ini bergantung sejauh mana diri kita meletakkan azam dan harapan serta mencapai semua itu dengan segala usaha dan titik peluh kita sendiri.

6.Penulis mahu melihat sampah yang kotor dan jijik itu bakal menjadi emas dan permata dalam kehidupan manusia.Manusia menjadikan sampah itu sebagai satu keajaiban yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka.Sampah itu bisa menjadi baja yang paling baik di Dunia untuk tanam-tanaman.Itulah pemikiran minda kelas pertama dalam masyarakat.

sekian....

*Penulis merupakan pelajar UNIVERSITI MALAYA....



Ahad, 9 Mei 2010

I LOVE MALAYSIA!!!!!!!!




1.Penulis kini melihat pelbagai perkara besar telah berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini melibatkan isu-isu besar yang telah melanda negara.Perkara-perkara yang berlaku ini sebenarnya mencerminkan masyarakat kita di negara ini dalam era dunia yang menuju ke transformasi perubahan kecanggihan teknologi di luar kawalan.

2.Penulis melihat isu-isu seperti kematian dan pembunuhan yang berleluasa sesama ahli keluarga,kes kematian akibat kecuaian pihak berkuasa seperti kes Aminulrashid,krisis yang melanda kerabat di raja kelantan,Suasana politik dan pentadbiran negara seperti isu APCO,bidang kesihatan dengan serangan wabak influenza H1N1,dan pelbagai lagi isu hangat dalam pilihan raya kecil yang belaku dan terbaru di hulu selangor dan sibu serta pelbagai lagi isu nasional yang berlaku.


3.Penulis tertanya dalam persoalan pemikiran penulis mengenai sikap dan pemikiran masyarakat malaysia masa kini.Pemikiran daripada golongan bawahan sehinggalah ke golongan atasan adakah mereka mempunyai pemikiran yang sama atau sebaliknya.Adakah golongan petani dan miskin yang lebih mementingkan mengenai aspek keselamatan dan kesejahteraan negara?ataupun golongan atasan ataupun pemerintah yang memikirkan mengenai soal negara ini lebih hebat lagi?Namun penulis membuat kesimpulan bahawa masyarakat malaysia tidak kira siapa pun mereka,kaya atau miskin,tua atau muda,pemerintah atau pekerja semuanya memikirkan dan mengimpikan negara ini akan sentiasa aman dan makmur.Mereka semua adalah benteng dan semangat yang akan terus mempertahankan Negara yang tercinta ini.Semuanya telah meletakkan tanggungjawab keatas diri mereka sebagai rakyat Malaysia.


4.Penulis melihat dari aspek politik.bagaimana Negara ini telah ditunjangi oleh kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan demokrasi sebagai pelengkap utama kini telah jelas terbentang di mata dan pemikiran kita bahawa kita mempunyai satu kuasa politik yang sangat kuat dan lengkap tidak kira sama ada daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.Kedua-duanya kini mempunyai kekuatan masing-masing dan memenuhi hasrat dan kehendak rakyat.Kewujudan dua kuasa besar ini sebenarnya memberikan manfaat kepada rakyat daripada semua golongan.Kini suara rakyat mula menjadi perhatian dan kebajikan rakyat semakin diutamakan.Kalau tersilap langkah dalam memberikan layanan kepada rakyat,buruk padahnya ketika pilihan raya.Parti yang memberi kita kebajikan dan mengutamakan rakyat akan menjadi pilihan di hati.


5.Penulis melihat dari aspek pemerintahan kerajaan dan negara,kini juga telah mengalami transformasi yang tersendiri hasil daripada kebijakkan rakyat jelata.Pemerintah kini semakin peka dengan hal ehwal dan kehendak rakyat dalam sistem kerajaan dan pentadbiran negara.Pemerintah memastikan semua golongan tidak kira siapa pun mereka akan mendapat pembelaan.Penulis dapat menyatakan bahawa kesan positif kepada kerajaan barisan nasional sekarang ini akibat tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan parlimen sebenarnya telah membuat parti ini yang memerintah lebih berhati-hati dan memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan dalam sistem kerajaan.


6.Penulis melihat daripada aspek pendidikan dan pelajaran,Malaysia telah berjaya memastikan bahawa pendidikan dan pelajaran ini dapat diikuti oleh segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang tidak berkemampuan untuk menanggung pembelajaran anak-anak mereka.Kewujudan Universiti dan kolej seperti cendawan tumbuh selepas hujan membuktikan bahawa semakin ramai golongan cerdik pandai telah dilahirkan dalam masyarakat malaysia.Cuma penulis masih mengharapakan kerajaan akan menjadikan pendidikan ini sebagai kebajikan utama kepada anak-anak Malaysia supaya mereka semua mampu untuk meneruskan pembelajaran ini sehingga mencapai kejayaan.


7.Penulis melihat daripada aspek keselamatan negara,yang mana Malaysia kini mahu menjadi antara negara yang mempunyai sistem keselamatan yang hebat di mata dunia.Kelengkapan ketenteraan kini telah di pertingkatkan mutu dan kualiti mereka.Namun penulis menyatakan kebimbangan mengenai beberapa perkara dan isu yang telah didengari mengenai dengan kehilangan enjin pesawat dan juga kaedah pembelian alatan ketenteraan ini.Masih terdapat kesangsian dikalangan anggota polis yang sewenang-wenangnya membunuh manusia yang tidak dipastikan bersalah atau tidak dan kewujudan perisikan israel dalam sistem keselamatan negara.Walaupun mungkin perkara ini hanya sekadar khabar angin tetapi ia tetap menimbulkan keraguan kepada masyarakat mengenai sistem keselamatan negara ini.

8.Penulis melihat bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita bincangkan dan hayati bersama-sama demi kepentingan negara kita di masa depan.Persoalan dan permasalahan negara ini bukan sahaja terletak di bahu pemerintah tetapi kepada seluruh masyarakat yang berada di tanah bertuah Malaysia ini.Suara dan pandangan dari segenap lapisan rakyat sangat diperlukan.Pemerintah yang dipilih oleh rakyat adalah pemerintah yang akan membawa gagasan dan aspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

*penulis merupakan pelajar UNIVERSITI MALAYA......

Isnin, 3 Mei 2010

KES KEMATIAN ADIK AMINULRASYID DARI PERSPEKTIF MASYARAKAT

salam dan selamat sejahtera kepada semua......


1.Penulis hari ini merasa terpanggil untuk mengulas mengenai kes kematian seorang pelajar 15 tahun iaitu
Aminulrasyid Amzah yang telah meninggal dunia akibat terkena tembakan daripada polis kerana disyaki sebagai penjenayah.

2.Penulis meletakkan diri penulis dalam suasana dan keadaan jikalau yang telah mati ditembak oleh polis ini adalah dikalangan ahli keluarga ataupun adik penulis sendiri sudah tentulah penulis akan bermati-matian untuk membela kematian adik ini kerana merupakan sebahagian daripada ahli keluarga penulis sendiri.Dan masyarakat juga perlu sedar dan kenapa perlu kita memperdulikan kematian ini kerana mungkin kita tidak mahu perkara sebegini belaku kepada ahli keluarga kita sendiri dan apa perasaan anda.


3.Penulis ingin membuat kemungkinan bahawa keluarga adik ini merupakan golongan rakyat yang sederhana dan berani untuk membuat tuntutan membela kematian ahli keluarga mereka.Kalau yang mati itu merupakan anak seorang Menteri atau ketua polis sendiri apa yang akan mereka lakukan.Sudah tentu akan lebih teruk lagi tuntutan ini kerana yang terlibat ini merupakan keluarga golongan atasan dan yang berpengaruh.Polis-polis itu sudah tentu akan dikenakan hukuman yang setimpal.

4.Penulis membuat kenyataan ini bukan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.Seorang penjenayah yang telah ditembak mati polis dan mempunyai seorang kawan yang juga seorang penjenayah.Kawan ini sudah tentu akan menuntut bela dengan kematian kawannya itu yang mati ditembak polis.Mereka akan melakukan apa sahaja malahan akan membunuh kembali pihak polis itu.Analogi ini mudah bagi penulis.Begitu juga dengan keluarga Aminurashid ini sendiri terutama ibu beliau yang mahu kan pembelaan kepada anaknya.Tetapi dalam kes ini keluarga ini bukan penjenayah pun,malahan adik Aminurashid juga belum terbukti sebagai penjenayah sudah tentulah sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan siapa pun akan menuntut bela terutama jika tidak bersalah.

5.Perkara ini mungkin hanya melibatkan seorang rakyat malaysia dan ahli keluarganya sahaja tetapi kalaulah perkara ini berlaku dikalangan ahli keluarga kita dan kita yakin bahawa memang dia tidak bersalah.Apa tindakan dan reaksi kita?.Saya yakin ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana tidak akan berdiam diri jika berlaku kepada anak mereka sendiri malahan seorang Menteri sendiri pun.

6.Penulis mungkin juga boleh menganggap bahawa kes ini terjadi merupakan satu pengajaran kepada seluruh rakyat malaysia terutama ibu-bapa selepas ini sudah tentu akan bertegas dengan anak-anak mereka untuk tidak keluar malam dan memandu tanpa lesen.Ya!..Penulis yakin memang ini merupakan satu pengajaran buat masyarakat.

7.Masyarakat perlu tahu bahawa tugas polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara.Dan masyarakat juga perlu tahu bahawa polis tidak boleh bertindak menembak dan menghunuskan senjata secara membuta tuli kepada masyarakat.Mat-mat rempit dijalanan yang lari dari sekatan jalan raya juga tidak boleh ditembak oleh polis dengan menggunakan senjata api.Begitu juga dengan kes yang telah mengakibatkan kematian adik Aminurashid ini.Saksi utama kes ini yang juga merupakan rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta yang dibawa oleh mangsa menyatakan bahawa badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid.kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.
Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.
8.Penulis juga mahukan pembelaan kepada adik ini.Tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat kesi ini untuk dijadikan pengajaran buat polis dan masyarakat.Kalau adik itu yang bersalah dia telah menerima hukuman lebih daripada hukumana yang akan diberikan oleh mahkamah kepadanya.Dan jika pihak polis yang bersalah dan cuai dalam melakukan tugas.Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka?

9.Penulis membuat penulisan ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat kerana penulis cuba meletakkan diri penulis di dalam situasi yang berlaku lebih-lebih lagi jika adik itu merupakan adik penulis sendiri.Penulis sudah tentulah akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menuntut pembelaan atas adik ini.Kerana penulis tahu bahawa ibu dan keluarga sudah tentutlah mempunyai hati dan naluri yang sangat mendalam kepada keluarga mereka.Kalau benar adik ini bersalah penulis boleh menerimanya sebagai balasan takdir,tetapi jika tidak....bagaimana hukumannya ini?

SEMOGA KEADILAN BUAT ADIK AMINURASYID AKAN TERBELA..


*PELAJAR UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Sabtu, 1 Mei 2010

HARI PEKERJA..



Tanggal 1 hb mei  merupakan hari paling bermakna bagi semua para pekerja bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.Hari pekerja yang dahulunya dikenali sebagai hari buruh mempunyai sejarahnya yang tersendiri.SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA KEPADA SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA YANG BEKERJA BAIK DALAM SEKTOR KERAJAAN MAHUPUN SWASTA.
Namun penulis yakin dan pasti bahawa semua yang bekerja pada hari ini akan mendapat cuti secara keseluruhannya walaupun diisthiharkan sebagai cuti umum.Masih ada lagi dikalangan masyarakat di Negara kita yang terpaksa membanting tulang empat kerat mereka dan mengorbankan masa dan tenaga mereka demi mencari sesuap nasi dan mencari pendapatan untuk menampung kehidupan mereka.
Masih ada lagi golongan bawahan yang tertindas dan teraniaya oleh buaya-buaya yang bernafsu besar untuk mengaut keuntungan semata-mata demi mendapatkan keuntungan dan memenuhi kantung perut merekas dengan titik peluh golongan bawahan ini.

Hari Pekerja ini secara luiarannya nampak manis dan baik.Seperti hak-hak dan kebajikan para pekerja terjamin secara keseluruhannya tetapi tidak bagi mereka yang telah tertindas oleh majikan mereka.Dalam sektor kerajaan bagi penulis mungkin dari segi mengeksploitasi pekerja tidak akan berlaku dan sekiranya berlaku maka perkara ini sangant-sangat memalukan kerajaan Malaysia.Tetapi hak-hak dan jaminan mereka yang berada di sektor swasta yang mana mungkin tidak kita sedari dan dilaporkan oleh media-media massa.
Mereka yang bekerja sebagai kuli dan buruh kasar mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.Jangan mempergunakan mereka tanpa memberikan mereka jaminan kebajikan dan kesejahteraan.

Pandangan penulis secara kasar,masih terdapat golongan majikan di negara kita ini yang mengabaikan tanggungjawab mereka kepada para pekerja mereka sendiri.Mereka harus memikirkan bahawa para pekerja mereka merupakan aset mereka paling utama.Para pekerja mempunyai hak dan kuasa mereka yang tersendiri jika mereka bergabung secara beramai-ramai.Mogok secara besar-besaran akan menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat hasil daripada kekuatan suara para pekerja ini.

Penulis mengharapakan semoga kerajaan Malaysia melihat perkara ini sebagai sesuatu yang perlu di beri perhatian.Kadar gaji minimum perlu diselaraskan pada semua peringkat tidak kira melalui kerajaan ataupun swasta malahan kadar gaji kepada semua pekerja di Malaysia perlulah selaras dengan pembangunan ekonomi negara.Semakin lama kadar kos sesebuah negara semakin meningkat.Kadar gaji mereka juga perlu ditingkatkan mengikut keadaan semasa.Lebih malang lagi jika mereka yang mempunyai keluarga dan isi rumah yang melebihi 10 orang dengan tanggungan mereka ini semuanya tidak bekerja dan belajar.Kebajikan para pekerja perlu diambil berat.mereka juga adalah golongan masyarakat yang mahukan keselesaan sama seperti golongan yang berkemampuan.Semoga kerajaan kita akan lebih peka dan memberikan jaminan mengenai kebajikan dan keselamatan para pekerja di negara kita.

sekian......

*penulis merupakan pelajar Universiti Malaya...

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse