Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 9 September 2009

IDEALISMA MAHASISWA....

mahasiswa malaysia dari segi rentetetan sejarahnya merupakan mahasiswa yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.mahasiswa juga merupakan golongan yang telah banyak menyemarakkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan.

mahasiswa dilihat dari sudut keintelektualan dan kebijaksanaan mereka.mahasiswa tidak lahir hanya untuk mengenggam segulung ijazah semata-mata.mahasiswa tidak lahir untuk menuntut ilmu pengetahuan semata-mata.tetapi tanggungjawab mahasiswa adalah lebih daripada itu,iaitu menggunakan ilmu pengetahuan yang mereka miliki dan menaplikasi dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka.

mahasiswa sudah tentulah golongan muda yang masih menuntut ilmu pengetahuan tetapi janganlah memandang mereka sebagai seorang budak mentah.mahasiswa yang berdarah muda ini kadang-kadang semangatnya sentiasa menggelegak dan berkobar-kobar dengan didihan semangat dan kekentalan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara mereka.

jika dilihat melalui susur galur kempimpinan kerajaan malaysia,semuanya bermula daripada kempimpinan di peringkat mahasiswa lagi.siapa yang tidak kenal dengan TUN DR MAHATHIR bekas mahasiswas universiti malaya singapura,TUN ABDULLAH BADAWI,bekas mahasiswa pengajian islam universiti malaya dan DATO` SERI ANWAR IBRAHIM,bekas mahasiswa akdemi pengajian melayu universiti malaya.

mereka ini merupakan golongan mahasiswa yang mencetus polemik dan krediabiliti mereka yang tersendiri semasa di peringkat mahasiswa.BARACK HUSSIEN OBAMA jika dikaji susur galur pendidikan merupakan bekas kempimpinan mahasiswa semasa menuntut di universiti.

mahasiswa sekarang dilihat seolah-olah mudah dipermainkan dan lemah.mahasiswa hanya menjadi orang bawahan dan ikutan kepada parti politik tertentu untuk dipergunakan.tetapi mereka tidak mencetuskan polemik mereka tersendiri dan kebebasan perjuangan mereka tersendiri.

kenapa mahasiswa tidak berada pada platform bebas?mahasiswa perlu tahu bahawa perjuangan mereka yang tidak kena pada tempatnya bukaN sahaja akan merosakkan dirinya,bahkan akan merosakkan masa depan negara.

mahasiswa yang sentiasa berfikir bagaimana untuk membangunkan bangsanya dan menggunakan ruang dan kesempatan ketika di peringkat pengajiaanya untuk membantu masyarakat merupakan mahasiswa yang berjiwa besar.

pemimpin negara diharapakan tidak memandang rendah akan kemampuan dan juga mempertikaikan idea-idea daripada mahasiswa untuk membangunkan negara.
mahasiswa seharusnya tidak menjadi boneka kepada mana-mana parti politik.tetapi perlu menjadi penyumbang kepada kerajaan.

mahasiswa yang bijak dan mahukan perubahan perlu berada di platform kerajaan untuk memperbaiki kebrobrokan sistem yang ada.mahasiswa yang mahu negara ini diperintah oleh kerajaan yang hadir,kerajaan yang telus dan bebas daripada belenggu rasuah perlu berada di dalam platform kerajaan ini.mahasiswa harus sedar bahawa malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi.yang memilih kerajaan itu adalah rakyat.dan perlu di lihat juga bahawa rakyat itu ada pelbagai lapisan dan kategori.ada rakyat yang berpendididkan dan ada juga tidak berpendidikan.dan jika dilihat dari segi pendidikan itu akan dibezakan pula dengan pendidikan tinggi mahupun pendidikan rendah.rakyat juga ada pelbagai lapisan masyarakat.ada yang kaya daN ada yang miskin.ada juga rakyat yang mahukan supaya negara ini mengamalkan undang2 syariah dan ada juga rakyat yang takut.kesimpulannya rakyat di negara ini ada pelbagai aneka dan ragam masing-masing.

oleh itu,sebagai mahasiswa kita perlu sedar bahawa rakyat di sekeliling kita ini ada pelbagai budaya dan pandangan mereka tersendiri.apa yang kena dengan hati dan jiwa mereka sudah tentulah mereka akan sokong dan apa yang tidak kena sudah tentulah mereka akan bangkang.
jika mahasiwa hanya menyokong parti yang sentiasa membangkang sahaja tidak adil kepada mahasiwa yang lain.

sudah tentulah kita mempunyai pandangan politik yang berbeza.tetapi janganlah kita sanggup menggadaikan maruah keilmuan yang telah kita perolehi.jadilah mahasiswa yang sentiasa hormat dan berpandangan luas dan berfikiran terbuka.

kita semua mahasiswa perlu bersatu hati kearah 1MALAYSIA...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

indonesia tidak sedar kita daripada bangsa yang sama!!!!!

Ketika rakyat Malaysia menunggu detik-detik mengebar bendera ‘Jalur Gemilang’ menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52, tanpa kita sedari sebilangan besar rakyat Indonesia menghanburkan berbagai-bagai bantahan kerana terlalu marah dengan iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’ yang dikatakan berlatarkan sebuah tarian yang menyerupai ‘tarian pendet’ dari Indonesia.

Segala-galanya kemungkinan berpunca dari seorang mahasiswa dari Indonesia yang mungkin juga sedang belajar di IPTA atau IPTS di Malaysia yang membuat laporan melalui telefon ke SCTV sebuah stesyen televisyen Indonesia.

Inilah petikan akhbar Liputan6.com :

Liputan6.com, Jakarta: Media massa di Indonesia belakangan gencar memberitakan iklan pariwisata Malaysia yang menampilkan seni tari Pendet asal Bali. Tapi bagaimana dengan kondisi di Malaysia?

Menurut mahasiswa asal Indonesia di Malaysia, Joko S., pers di Negeri Jiran itu jarang memberitakan kasus tari Pendet dalam iklan pariwisata tersebut. "Masyarakat di sini kurang tahu karena media kurang mengekspos. Cuma pengakses internet saja yang tahu dari blog-blog dan lainnya," ujar Joko via telepon kepada SCTV dari Kuala Lumpur, Malaysia, Rabu (26/8).

Joko menjelaskan, media massa di Malaysia tidak sebebas di Indonesia. Bila pemerintah Malaysia melarang pemberitaan tentang sesuatu, maka media di sana akan manut. "Karena kalau mereka mengekspos, takut akan dikenakan Undang-undang ISA, Internal Security Act," ucap Joko.

Lebih jauh Joko mengungkapkan, masyarakat Malaysia menganggap Indonesia sebagai bangsa serumpun. Sehingga, kemiripan seni budaya kedua negara dianggap lumrah. Khusus untuk tari Pendet, Joko mengatakan, sebagian besar rekan warga Malaysia mengetahui kesenian itu asli Indonesia.

Meski bertetangga, hubungan Indonesia-Malaysia kerap panas-dingin. Mulai dari masalah perbatasan wilayah, tenaga kerja migran asal Indonesia yang disiksa di Malaysia, hingga yang terakhir soal kesenian asli Indonesia. (sepenuhnya klik)

Ekoran dari laporan tersebut, maka berlakulah demonstrasi oleh Mahasiswa Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar memprotes Malaysia yang dikatakan telah mencuri budaya Bali, Indonesia.

Selain menuntut Malaysia meminta maaf, puluhan mahasiswa ISI juga meminta ketegasan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia yang telah mencuri budaya nasional mereka serta mendesak, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta Malaysia bersikap lebih peka mengenai penggunaan Tari Pendet asal Bali dalam iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’.

Malaysia bukan sahaja dikatakan telah meniru ‘tarian pendet-Bali’, dikatakan juga meniru seni kebudayaan lain seperti, BATIK, sejenis minum CENDOL dan TARI FOLAYA.

Cuba kita perhatikan gambar-gambar tarian kebudayaan Malaysia yang mungkin menyerupai ‘tarian Pendet’ dari Bali, Indonesia.

Cuba kita lihat juga gambar pembuatan kain BATIK dan TENUN SONGKET di Malaysia :

CENDOL Malaysia,

Kawan sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul CENDOL ni, yang kawan tahu MAMAK keturunan India yang sering menjual ‘cendol’ dengan kereta sorong di pecan atau di Bandar-bandar.

WAYANG KULIT

Diriwayatkan ‘wayang kulit’ pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

Ada juga berpendapat bahawa ‘wayang kulit’ ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya melalui pengaruh ‘HINDU’ pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita-cerita agama Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata.

Persembahan ‘wayang kulit’ juga dikatakan satu persembahan seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.

Sesungguhnya, budaya yang ada di Malaysia terlalu banyak kesamaannya dengan budaya Indonesia seperti yang kita lihat, dan adalah tidak adil kalau rakyat Indonesia membuta tuli mengecam Malaysia oleh kerana budaya yang lebih kurang sama.

MALAYSIA DAN INDONESIA BERASAL DARI SATU RUMPUN KEPULAUAN-KEPULAUAN MELAYU.


Persoalannya, dari manakah iklan VISIT MALAYSIA ini dibuat ?

aku melayu!!!!!!!!

aku melayu....
akan terus mempertahankan tanah melayu ini....
setitik darah yang mengalir ditubuh ini untuk tanah ini.....
akan tidak ku gentar......

aku memang melayu....
bangsaku dijajah....
berkurun lamanya.....
bangsaku pernah dihina dan dipermaiankan .....
sakit dan perit bangsaku masih belum terlena......

keris melayu akan berdarah kembali...
jika ada yang terus mencabar!!!!!!!!!!

indonesia mengganas

Sekumpulan warga Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro dan lebih 360 sukarelawan ‘ilmu kebal’ yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Angkara kebencian mereka yang memuncak sehingga kepada tahap yang serius dan menakutkan, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati serta agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian segelintir rakyat negara Indonesia itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah yang terus diapi-apikan oleh media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta". Tetapi yang hairannya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Rabu, 2 September 2009

sekilas pandangan....

1.gerakan mahasiswa masakini tidak matang berpolitik?politik sempit dikalangan mahasiswa merupakan barah yang sedang bernanah di setiap intitusi pengajian tinggi.

2.mahasiswa masakini terlibat dan aktif berpolitik adalah hasil daripada paksaan atau kesedaran untuk membangunkan masyarakat?

3.politik dikalangan mahasiswa harus matang dan tidak terbelenggu dan terkongkong.mahasiswa perlu memainkan peranan mereka sebagai agen masa depan negara.

4.mahasiswa seharusnya memainkan politik atas dasar persaudaraan dan kekeluargaan dan tujuan yang tetap sama iaitu untuk membangunkan masyarakat.

5.walaupun ideologi kita berbeza,perjuangan kita berbeza tetapi di dalam perbezaan itu kita juga mempunyai persamaan.

6.jangan musnahkan masa depan kita dengan mencari musuh dan lawan.carilah seramai mungkin kawan dan sahabat walaupun kita berbeza tetapi prinsip perjuangan kita jangan pernah berubah.

7.mahasiswa akan mampu merubah masa depan negara.politik yang sihat tidak akan merugikan sesiapa pun.kita sama-sama mahu berjuang untuk kepentingan masyarakat dan negara.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse