Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 30 Mei 2011

PROJEK NADIR BUMI LYNAS:KEUNTUNGAN LEBIH DIUTAMAKAN..?

salam kepada semua....


Rakyat Pahang yang prihatin sudah tentu risau dan bimbang dengan Pembinaan Loji Projek Nadir Bumi Lynas di Gebeng,Kuantan pahang.Sebagai Rakyat Pahang penulis Smart Generation juga melihat bahawa pembinaan Loji yang akan memberikan kesan Radiasi ini sudah tentu akan menghantui seluruh rakyat negeri Pahang terutama penduduk di kawasan sekitar.

Pencegahan adalah ubat yang terbaik,seharusnya diambil kira,Sememangnya pembinaan loji ini akan meningkatkan jumlah pelaburan di Malaysia,tetapi adakah jaminan bahawa tidak akan ada langsung kesan radiasi kepada masyarakat sekitar.Mungkinkah Panel yang telah dilantik itu melihat bahawa aspek keselamatan dan juga langkah-langkah mengatasi telah diambil kira dan disempurnakan.Namun apa yang penting,adalah adakah tidak akan ada tragedi lain yang akan menyebabkan kebocoran radiasi di Operasi loji ini..?..Adakah jaminan mereka ini benar-benar boleh dipercayai...Sebelum ini di bukit Merah,Perak pernah memberikan kita satu bukti akan bahaya kesan radiasi ini.Namun,mungkin kita telah melupakan perkara ini.

Kerajaan harus benar-benar meneliti aspek keselamatan ini,kerana ancaman radiasi ini adalah lebih teruk daripada peperangan.Adakah kerajaan sanggup menanggung segala bencana yang bakal belaku kepada masyarakat di kawasan ini suatu masa nanti..?..Seharusnya pembinaan kilang ini benar-benar diteliti dan sebolehnya dielakkan daripada di bina berdekatan dengan kawasan penempatan.Adakah aspek keuntungan yang dipentingkan dalam pembinaan loji ini...?..

Penulis Smart Generation berharap..Kerajaan Malaysia..benar-benar dapat mendengar suara hati dan keluhan masyarakat di sini.Sekurang-kurangnya berilah jaminan dari aspek keselamatan dan insuran perlindungan kepada mereka..Ingat sebelum kena..Ingat sebelum TERLAMBAT...!!!!


BERIKUT ADALAH BERITA MENGENAI PERKARA INI :-

Pihak berkuasa hari ini mengeluarkan hasil Penilaian Kesan Radiologi (RIA) projek nadir bumi Lynas, yang mengesahkan keselamatan projek itu selepas panel penilai antarabangsa melakukan penyelidikan hari kedua berhubung tahap keselamatannya.


Penilaian RIA - yang dipamerkan bersama laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) - menyatakan bahawa operasi loji itu "tidak akan menyebabkan risiko radiologi yang tidak wajar.

Menurut laporan yang dikelolakan Agensi Nuklear Kebangsaan Malaysia itu, orang awam tidak akan terkesan dengan sinar radiasi mili-siverts (MSV).

Manakala pekerjanya pula akan menghadapi purata 13 MSV radiasi setiap tahun untuk tempoh sepuluh tahun pertama operasinya.

Ini bermakna, pendedahan sinar itu kepada pekerja hanya 50 MSV setiap tahun atau di bawah paras bahaya.

"Berdasarkan keputusan (RIA), kesimpulannya operasi loji itu tidak akan menyebabkan sebarang kesan radiologikal kepada pekerja dan anggota masyarakat yang menetap di sekitar kawasan yang dibenarkan," laporan itu dipetik.

TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI;MUNGKINKAH RAKYAT PERLU BERSEDIA UNTUK TIDAK ADA LAGI SUBSIDI..?

salam kepada semua...


Kerajaan telah mula menjalankan pengurangan subsidi...Tampaknya...semakin lama..Subsidi semakin dikurangkan...Mungkin juga kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban yang patut mereka tanggung untuk biayai rakyat sendiri.Namun,Apakah tugas dan tanggungjawab kerajaan...Bukankah subsidi ini merupakan hak dan milik rakyat....

Memang benar jika katakan rakyat tidak patut lagi dimanjakan dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan malaysia.Namun apa yang pasti ,subsidi ini lah yang menjadi tempat bergantung bagi golongan berpendapatan rendah...

Tetapi apa yang pasti...Kerajaan juga tidak mahu subsidi ini disalahgunakan oleh orang yang berkepentingan dan sentiasa mencari keuntungan..Yang menjadi mangsa adalah golongan yang berpendapatan rendah...Subsidi ini tidak mustahil suatu masa nanti akan dihapuskan...dan rakyat perlu menanggung semua subsidi ini.Tetapi harapan Penulis Smart Generation,jika kerajaan menghapuskan subsidi ini suatu masa nanti,Gantilah subsidi ini kepada wang ehsan kepada Golongan yang berpendapatan rendah...supaya kebajikan rakyat akan terus terbela....

berikut adalah berita mengenai perkara ini..:-

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Khamis, 26 Mei 2011

HAIWAN JUGA MEMILIKI HATI DAN PERASAAN WALAUPUN BERLAINAN IDENTITI



Heilongjiang, China - Seekor kucing cenderung bertingkah sebagai ibu dari 30 anak ayam yang baru lahir. Tentu saja gelagat kucing itu mengejutkan pemiliknya.

Lao, seorang petani asal, Heilongjiang, China, awalnya khuwatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

"Saya datang ke rumah dan menemukan Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada ketika itu saya khuwatir Niu Niu akan memakannya," katanya, seperti disiarkan di website Orange, Rabu (25/5/2011).

"Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu ke luar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mau keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain," tambah Lao.

Sekarang Lao tak khuwatir lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama bayi-bayi ayam, sementara dia pergi ke ladang.

"Menakjubkan," ujar Lao. "Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut dalam tidurnya, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

"Niu Niu menjilati anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana," jelas Lao.


Dua Anak Macan Disusui Anjing



BEIJING - China memang memiliki pelbagai keunikan. Baru saja diberitakan anak ayam yang diasuh seekor kucing, kini seekor anjing mengasuh dua anak harimau.

Sebuah zoo di China, mengkhabarkan anak-anak bayi harimay yang terlahir hasil dari kahwin silang diantara singa dan harimau atau biasa lebih dikenal dengan liger (lion and tiger) kini dirawat oleh seekor anjing setelah ditinggalkan induknya.

Zoo Xixiakou di selatan China menyatakan bahawa sebenarnya anak-anak harimau tersebut ada empat, namun dua di antaranya tersebut telah mati kerana kelemahan.

Belum diketahui mengapa sang induk meninggalkan anaknya lahir awal bulan ini. Yang jelas sang induk sempat menyusui bayinya selama empat hari, kemudian meninggalkan mereka.

Seperti disiarkan Associated Press, Rabu (25/5/2011), penjaga kebun binatang Cong Wen, mengatakan kedua anak harimau kacuk itu yang kini diasuh oleh anjing tersebut awalnya mengalami kesulitan untuk menyesuaikan susu sang induk baru.

Liger merupakan haiwan peranakan yang jarang wujud. Haiwan peranakan tersebut biasanya dilahirkan hanya di zoo.


Rabu, 25 Mei 2011

MENTERI JAMIN TIADA KENAIKAN HARGA BARANG...SAMPAI BILA..?


salam kepada semua...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan LPG.

ismail sabri yaakob"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.
Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.
azlanAdalah tidak fahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

NONENONEPanel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlahNONEDalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlanTaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

Think you got what it takes to be Perodua's BIGGEST fan?? Sing, dance and act all you can to win their grand prize! #PeroduaLagiBest

Think you got what it takes to be Perodua's BIGGEST fan?? Sing, dance and act all you can to win their grand prize! #PeroduaLagiBest


Sing.. Dance.. Act away for RM10k!

Sing! Dance! Act! Be creative and do whatever it takes to show us you are Perodua's biggest fan!

All you have to do is to submit a video on Perodua's official FB with the words "Perodua Lagi Best".

Rewards?? We have plenty! Be the lucky ones to walk away with RM10,000 or some yummy iPad 2!!

So are you Perodua's BIGGEST fan? :D

Tell your family and friends today!


Selasa, 24 Mei 2011

BERSEDIA UNTUK TUKAR KERAJAAN JIKA HARGA MINYAK TERUS NAIK DAN SUBSIDI RAKYAT TERUS DI TARIK !


salam kepada semua...



Harga minyak RON 95 dijangka akan dinaikkan lagi..?...Adakah kerajaan Malaysia benar-benar mahu merasionalisasikan kembali subsidi yang telah diberikan kepada rakyat..?...Kerajaan perlu ingat bahawa majoriti rakyat yang masih memerlukan subsidi daripada kerajaan...Masih ramai rakyat Malaysia dalam lingkungan golongan berpendapatan rendah...Bukan sahaja Minyak...malahan banyak keperluan asas rakyat di tarik kembali subsidi secara beransur-ansur...Apakah Kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa Rakyat yang menyebabkan Kerajaan sekarang terus berada di takhta kuasa..?
Bersedia untuk Kerajaan di tukar oleh Rakyat sendiri jika Kerajaan masih tidak memikirkan golongan masyarakat yang berada di bawah ini...yang masih mengharapkan sokongan dan pembelaan daripada kerajaan...Mungkin rakyat tidak akan marah jika tidak diberikan subsidi sekalipun jika kerajaan benar-benar meningkatkan taraf hidup mereka dengan menaikkan gaji bekerja sektor awam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada generasi muda...Jika Rakyat sudah menikmati segala kebajikan dan kemudahan ini..maka rakyat tidak perlu lagi bergantung kepada subsidi kerajaan..Namun kenyataannya masih ramai lagi rakyat di negara ini yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan...

Rakyat akan pastikan kerajaan di ubah jika Kerajaan tetap berkeras mahu menaikkan RON 95 ini...Persepsi rakyat kepada kerajaan akan berubah jika Harga minyak ini terus di naikkan..Tidak patut krisis kewangan yang berlaku di bebankan kepada rakyat...Adakah kerajaan mahu Pisang berbuah dua kali..?...PILIHAN RAYA UMUM KE-13 SEMAKIN HAMPIR...Jika mahu terus memerintah...pastikan kebajikan rakyat terus terbela...


Masih terdapat firaun kecil dalam kerajaan yang merompak kekayaan rakyat sehingga jutaan ringgit...Pastikan harta rakyat yang dipegang oleh kerajaan tidak di salah guna untuk mengkayakan golongan atau pemimpin tertentu...Harta rakyat itulah sepatutnya menjadi subsidi untuk Rakyat..!!!!


MOHON DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL UNTUK MENDENGAR LUAHAN HATI RAKYAT DAN KEKECEWAAN RAKYAT DAN PASTIKAN TIDAK ADA LAGI KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS INI...



Adakah ini janji Kerajaan sebelum ini ...?



Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau  berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri  berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.



PENGHINAAN KE ATAS ISLAM OLEH SATU LAMAN BLOG:MOHON DIAMBIL TINDAKAN SEGERA..!



salam kepada semua...



MARAH DAN GERAM ITULAH YANG PENULIS SMART GENERATION DAPAT LUAHKAN UNTUK PENULIS BLOG http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/author/mhsaw/ KERANA SECARA TERANG-TERANGAN MENGHINA ISLAM...MEMANG BEGITU KEJI DAN KOTOR SEKALI KATA-KATANYA KEPADA AGAMA ISLAM INI...BUKAN SAHAJA NABI MUHAMMAD...TUHAN JUGA DI HINA...SUDAH HILANG WARASKAH PENULIS BLOG INI..?
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERIKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA PENULIS BLOG INI http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/author/mhsaw/ SUPAYA KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN BERTAUBAT..SESUNGGUHNYA KUASA ALLAH S.W.T  ITU SANGAT LAH DAHSYAT.....


PENULIS SMART GENERATION YAKIN BAHAWA PENULIS BLOG INI ADALAH ORANG MELAYU YANG SUDAH HILANG PEDOMAN DALAM HIDUP..JAUH DARI SINAR DAN HIDAYAH....MOHON KERAJAAN MALAYSIA DAN PIHAK BERWAJIB SEPERTI PIHAK KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA BUAT PENULIS BLOG INI...JANGAN BIARKAN PENULIS INI TERUS MENGHINA AGAMA ISLAM SEDEMIKIAN RUPA...!!!!!!


SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA MELINDUNGI KITA DARIPADA FITNAH PENULIS BLOG INI ....AYUH SELURUH UMAT ISLAM KITA BERSAMA MENGECAM PENULIS BLOG INI...http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/author/mhsaw/



Isnin, 23 Mei 2011

Latest HOTTEST hang out spot has got to be #ZoukCafe ! Pls pull out ur wallet & grab this deal from #MilkADeal now!

Latest HOTTEST hang out spot has got to be #ZoukCafe ! Pls pull out ur wallet & grab this deal from #MilkADeal now!


MAD - RM20 for Zouk Cafe Bar Burger or Primavera Pasta + Free Flow Soft Drink at The Gardens Mid Valley. PORK FREE

MAD Deal of the Day: RM20 instead of RM42.90 for Zouk Cafe Bar Burger or Primavera Pasta + Free Flow Soft Drink at The Gardens Mid Valley. PORK FREE

Hello new trend!

Latest hang out spot has got to be Zouk Cafe. We've been hearing rave reviews about it, have you? If you have, why not try it out for only RM20! It is worth a munch.

Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link!


Make your way to 1U this 29th May & witness the moment of truth.. the WINNER for #DutchLadyWMD. It's gonna be Red Bean, I know it!

Make your way to 1U this 29th May & witness the moment of truth.. the WINNER for #DutchLadyWMD. It's gonna be Red Bean, I know it!

Are you rollin' for melon or feeling a little bit corny?

Give me a "C",
Give me an "O",
Give me a "R" & "N"!
Teammmmm CORN!!!

Yup! I'm pretty sure you've cast your votes on YOUR FAVOURITE milk flavour and if you haven't, well, remember to cast your votes by 28 MAY! You could also win cash prizes up to RM1,750 if your vote is the 7,500th or 10,000th!

Anyway, here's the moment you've been waiting for, the WINNER, of course!

Make your way to 1 Utama this 29th May (Sunday) FROM 9AM as Dutch Lady is going to reveal the winner! They have up to RM15,000 cash prizes up for grabs.

All you have to do it just show up with any Dutch Lady UHT pack! Early birds would also get a special Dutch Lady goodie bag.

Spread this exciting news to your friends today!


KETUA HAKIM NEGARA DIMASUKKAN KE ICU



salam kepada semua..


PUTRAJAYA 23 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.

Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan. - Utusan


Penulis Smart Generation mendoakan semoga Tun Zaki akan kembali pulih seperti sediakala dan dapat menjalankan amanah dan tanggugjawab terbesar dalam negara ini.Sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau....

#MasteryAsia Summit will provide actual & handy strategies on unleashing a steady flow of passive income. #MilkADeal

#MasteryAsia Summit will provide actual & handy strategies on unleashing a steady flow of passive income. #MilkADeal

MAD - RM30 for the Multiple Sources of Income Summit by MasteryAsia

AD Deal of the Day: RM30 instead of RM280 (One ticket), RM50 instead of RM560 (Two tickets) or RM70 instead of RM840 (Three tickets) for the Multiple Sources of Income Summit by MasteryAsia, Kuala Lumpur.

Listen to the experts! This Summit will provide actual and handy strategies on unleashing a steady flow of passive income by bringing together wealth experts to lay out real-world pathways in creating extraordinary wealth for ordinary people.

Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link!


Ahad, 22 Mei 2011

HEADER BARU BLOG SMART GENERATION


salam kepada semua


Penulis Smart Generation mengucapkan terima kasih kepada Arif Haikal,Penulis Blog http://pencarikehidupan.blogspot.com/kerana sudi membuat Header baru untuk Blog Smart Generation.Sememangnya penulis Smart Generation  sudah lama mahu menggantikan Header baru Blog ini,Namun sememangnya penulis memang tidak tahu sangat nak buat Adobe Photoshop ni..Memang memerlukan bantuan daripada rakan-rakan lah...Kalau buat sendiri..memang tak tahulah macam mana jadinya..memang tak kreatif dan tak berjiwa seni...hehe...Terima kasih tidak terhingga kepada kamu Arif Haikal kerana mencipta Header untuk Blog Smart Generation yang tak berapa popular ni..haha...

bagi sesiapa yang mahu mendapatkan khidmat membuat Banner atau Header Blog..Boleh lah hubungi Mr Arif Haikal di sini.... http://pencarikehidupan.blogspot.com/


Selamat tinggal kepada Header lama ;-





Mid Valley and Pirates of the Caribbean














KEKAYAAN BILL GATES YANG ANDA PERLU TAHU








1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

p/s:Mampukah Penulis Smart Generation memiliki kekayaan sebanyak ini ..?...satu impian...:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse